Thursday, November 14, 2013

Keusahawan sosial: Merungkai Keserabutan Kapitalis

Pengamalan sistem kapitais di kebanyakan negara-negara di dunia ini sekarang dilihat tidak lagi mampu membuahkan kejayaan yang holistik. Sebagai contoh,di Amerika sebagai 'ibu negara' kapitalis dan beberapa lagi negara eropah sekarang menunjukkan prestasi yang merudum dan membimbangkan bahkan kesannya akan turut  terasa oleh negara-negara lain di dunia sepertimana  Krisis Kewangan Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 2008 

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. [wikipedia]

Sistem kapitalis juga menyuburkan fahaman "survival of the fittest" di mana pihak yang telah kuat dan mempunyai kuasa politik dan ekonomi akan berusaha untuk menjadi lebih kuat sementara pihak yang lemah yang terdiri daripada rakyat marhaen yang lemah akan ditinggalkan dan mengalami kesukaran untuk hidup dengan lebih sempurna dan selesa dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing.

Keusahawanan sosial,jalan lari dari kapitalis.
KS merujuk kepada model perniagaan yang mempunyai matlamat akhir bukan untuk membawa keuntungan tetapi untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat,sebaliknya keuntungan dilhat sebagai alat untuk membawa kemajuan kepada masyarakat. Contoh pelopor KS:

·    Grameen Bank: oleh Prof. Muhammad Yunus yang menyediakan mikrokredit dan pinjaman minima utk golonan miskin di Bangladesh.
·    Selco: Harish Handle yg membekalkan cahaya solar kpd 120000 buah rumah luar bandar di India.
·    Restoran Fifteen: Oleh Chef terkenal Britain, Jamie Oliver yg memberi latihan kemahiran percuma serta pekerjaan dlm bidang kulinari kepada remaja terpinggir.

Namun, KS bukanlah suatu konsep yang cukup mudah untuk dilaksanakan dan menawarkan alternatif kepada kaedah yang diguna pakai sekarang. Ianya memerlukan kekuatan nilai. Nilai yang cukup-cukup ditekankan di dalam Islam seperti prihatin dan pengasih,ikhlas, pemurah dan tidak materialistik. sekarang kita tenggelam dengan persaingan yang hanya mengukur pencapaian material, jadi para usahawan yang mempunyai cita-cita untuk menggunkan konsep keusahawanan sosial ini haruslah mempunyai kekuatan mental dan fizikal. 

Di Malaysia,sebenarnya keusahawanan sosial berpotensi untuk mengatasi masalah-masalah sosio ekonomi yang jarang kita memberi perhatian seperti pembangunan dan pendidikan orang asli, bekalan elektrik dan air bersih ke kawasan pedalaman, pemulihan penagih dadah yang majoritinya adalah orang melayu, kebajikan ibu tunggal,anak yatim dan homeless. Yang menjadi masalah sekarang adalah kurangnya kesedaran oleh para usahawan-usahawan di negara kita untuk memainkan peranan penting dalam mengubah permasalah-permasalah yang ada dalam masyarakat kita. Kebanyakan dari mereka hanya menyerahkan tugasan-tugasan untuk menyelesaikan masalah tersebut kepada kerajaan dan NGO. CSR (Corporate Sosial Responsibility) yang dijalankan oleh kebanyakan syarikat di Malaysia bukanlah tidak cukup bagus, tetapi kebanyakannya yang dilaksanakan adalah bersifat "one-off" dan bersempena dengan keraian tertentu seperti bulan Ramadhan dan perayaan-perayaan tertentu. Ianya tidak mampu untuk memberi perubahan yang signifikan kepada sosio ekonomi masyarakat kita. (Ye lah, biasanya program-program CSR ni just bagi beras dan biskut, duit dan baju raya dan bantuan yang bersifat jangka masa pendek).

Dalam Islam, kita diajar untuk mempunyai matlamat atau hadaf yang panjang, iaitu untuk mencapai kebahagiaan dan kemenangan di akhirat nanti dengan segala pekerjaan yang kita lakukan di atas dunia ini untuk mendapat keredhaan Allah. Tiada salahnya untuk mencapai kemewahan dan kesenangan di atas dunia ini, tetapi segala harta benda yang kita idamkan atau miliki seperti kereta mewah, rumah yang besar, pangkat dan gaji yang tinggi, seharusnya bukanlah menjadi objektif atau matlamat utama kita. Yang silapnya ramai muslim pada hari ini, mereka meletakkan usaha bermati-matian untuk mencapai matlamat-matlamat dunia semata-mata, tanpa sedar yang apa sahaja yang mereka inginkan itu sebenarnya boleh dihubungkaitkan dengan matlamat kita yang sebenar dan yang paling utama iaitu kejayaan di akhirat.

Banyak usaha yang perlu dilakukan oleh muslim pada hari ini supaya orang Islam dilihat lebih terkehadapan dalam usaha menyelasikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya dari sudut kebajikan dan keperluan asas masyarakat. Sebagai kesimpulan, para usahawan dan bakal usahawan, pastikan kita jelas tentang apa matlamat sebenar kita dalam perniagaan dan usaha yang kita lakukan. Seharusnya, matlamat kita tidak sama dengan matlamat non-muslim, matlamat yang harus kita capai lagi jauh daripada mereka dan tidak terhenti dengan kejayaan di atas dunia sahaja. Ringkasnya:

Allahughayatuna,
Ar-rasul qudwatuna
Al-Qur'an dusturuna,
aljihad sabiluna,
al-mautu fi sabilillah asma'amanina