Mimpi Malaysia di Korea Selatan
(Pertama kali disiarkan di Sinar Harian, 7 Disember 2010)
Bukan lagi perkara luar biasa untuk bertemu dengan anak-anak muda yang bercita-cita untuk meninggalkan negara.
Bagi yang lebih bernasib baik dan berkelayakan, Kad Hijau Amerika Syarikat atau taraf penduduk tetap di Singapura menjadi jalan keluar kepada belenggu ini.
Untuk yang tiada peluang sebegini, saya percaya ramai yang terus tidak ambil pusing tentang apa berlaku di persekitaran mereka dan hanya hidup untuk memenuhi keperluan asas harian.
Bagi saya, keyakinan untuk terus menjanjikan perubahan dan membawa harapan baru datang daripada penghayatan terhadap sejarah negara.
Semasa negara ini bermula, para pemimpin dahulu merangka rancangan-rancangan yang dapat membawa Malaysia ke hadapan dalam masa singkat.