Saturday, March 3, 2012

Pemimpin Bukan Islam?

Oleh ust. Nasrudin Hassan 
Dalil Larangan Syara' Terhadap Perlantikan Orang Bukan Islam
Dalam Kepimpinan Jamaah Islam atau Ahli Mesyuarat Utama dan Tetap

1. Larangan mengambil “Bithanah” dari kalangan orang bukan Islam

Firman Allah;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah (teman kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”.

(Ali Imran: 118)

Apa makna Bithanah dalam ayat di atas? Dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman, bithanah diterjemahkan sebagai “orang dalam”(yang dipercayai).

Menurut Tafsir al-Jalalain; Bithanah ialah; orang-orang terpilih yang didedahkan rahsia kaum muslimin kepada mereka.

Menurut Imam ar-Raghib al-Asfahani dalam kitabnya al-Mufradaat; “Bithanatan” maknanya; “Orang-orang yang (mempunyai kedudukan) khusus bagi kamu di mana ia mengetahui secara dalaman urusan-urusan kamu”.

Berdasarkan huraian Said Hawa, termasuk juga dalam pengertian Bithanah ialah; al-istisyarah (iaitu meminta pandangan atau pendapat)[1], al-Istinshah (iaitu meminta nasihat), menjadi penyimpan rahsia dan teman rapat”.[2]

Wednesday, February 8, 2012

Lalainya Diri Ini

Selalu sangat-sangat  terlupa siapa diri ini sebenarnya,mengapa dan untuk apa aku dilahirkan di dunia ini. Benarkah aku benar-benar merasakan yang aku adalah hamba kepada-Nya? Banyak lupa dari zikir. Banyak maksiat dari ibadat. Banyak  dosa dari pahala. Banyak mendapat kemurkaanNya dari keredhaanNya.. =(

Bilakah aku akan merasakan bahawa diri aku ini benar-benar hamba kepadaNya? Kalau  pada hari ini sekalipun,orang gaji atau pekerja pasti akan ikut dan mematuhi akan arahan tuannya. Jika melakukan kesalahan pasti kita akan takut dimarahi dan menyembunyikan kesalahan tersebut dari tuannya. Adakah aku mempunyai perasaan yang sama untuk diri ku terhadap ALLAH? Ataupun mungkin lebih teruk dari itu! Hari ini manusia terutamanya diri aku,sering sangat melakukan dosa dan maksiat kepada Nya tanpa rasa takut dan gentar pun di dalam hati. Seolah-olah kita ni bukan hamba kepadaNya. Allah... teruknya diri ini.

Maafkan aku ya Allah..
Aku hanyalah seorang hamba yang sering di marahi oleh 'TuanNya' sendiri...=(

Cinta. Kepada siapakah perasaan itu kita tujukan sebenarnya? Adakah diri ini benar-benar merasai perasaan cinta kepada Allah? Ataupun kita lebih menumpukan perasaan cinta itu kepada manusia sahaja,cinta kepada keluarga,kawan-kawan,teman perempuan dan saudara-mara dan manusia lainnya? Cukupkah begitu?? Aku rasakan terlalu ramai manusia hari ini terutamanya diri ku ini telah terpesong penumpuan perasaan cintanya dari Empunya yang sebenar.. Kadang-kadang tidak timbul pun perasaan cinta itu kepada Allah! Sebab itu diri ini selalu sangat melakukan kemungkaran kepadaNya. Betul! Kalau diri benar-benar mencintai ALLAH melebihi dari yang selainnya,masakan diri ini sanggup melakukan perkara-perkara yang mngundang kemarahanNya. Kita pasti akan resah sangat-sangat kalau kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang kemarahan ibu ayah kita,rakan-rakan,teman 'istimewa' dan manusia lainnya.

Allah...jauhnya diri ku dari MU.. =(

Friday, August 12, 2011

Ringkas Orientalis: Part 1

Tulisan oleh sahabatku:
 Mohd Fakurazi Bin Ghazali  yang sedang gigih menuntut ilmu di Mohammed V University di Souissi Morocco.

Assalamualaikum…
Jom kita mengenali sedikit mengenai musuh Islam ini iaitu orintalis. Dalam ruangan yang ringkas ini, penulis mengupas tajuk ini secara umum agar kita dapat mengenali latar belakang mereka dan terselamat daripada tipu daya mereka yang licik lagi keji.
Persoalan-persoalan di bawah ini, insyaAllah akan dikupas secara umum. Selain itu, segala perkongsian dan penambahan amat2 dialu-alukan.

-Bilakah sejarah penubuhan gerakan ini dan pengasasnya?
- Apakah pandangan mereka terhadap agama Islam serta bidang kajian mereka terhadap agama ini?
- Siapakah dalang-dalangnya serta bahan-bahan tulisan mereka?

Sebelum itu, ingin nyatakan bahawa penulis merujuk kepada kitab karangan Dr. Musthofa As-Sibaie dalam kitabnya Al-Istisyraq Wa Al-Mustasyriqun serta Kitab Al-Manhaj Al-Istisyraqiy Li Dirasah As-Sunnah An-Nabawiyyah Wa Ulumiha oleh Dr Abd. Aziz Farih.

Ayuh! Kita mulakan perbincangan kita.
1) Sejarah Penubuhan Serta Pengasasnya
Tarikh permulaan gerakan orientalisme tidak dapat dipastikan secara tepat. Namun, berlaku penterjemahan al-quran dan kitab-kitab bahasa Arab secara giat semasa kegemilangan islam di Andalus. Kegiatan ini dilakukan oleh para paderi di Barat. Selain itu, mereka juga belajar daripada ulama-ulama Islam dalam pelbagai ilmu khususnya dalam ilmu perubatan, falsafah dan matematik.
Antara para paderi yang awal berbuat demikian ialah Jerbert pada tahun 999 Masihi selepas belajar di pusat-pusat pengajian di Andalus, Pierrele Aenere dan Gerard De Gremone.
Selepas kembalinya paderi-paderi ini ke negara mereka, mereka menyebarkannya serta mengasaskan institusi-institusi pengajian yang berorientasikan bahasa arab seperti Pusat Pengajian “Badwi”. Selama 6 kurun mereka mempelajari B. Arab dan segala ilmu berkaitan Islam.
Semasa kurun ke-18, bermulalah kurun penjajahan negara barat terhadap dunia Islam. Di sinilah peranan yang licik dan keji dimainkan oleh para orientalis ini. Mereka menyebarkan pemikiran mereka ke dalam dunia Islam, mengubah manuskrip-manuskrip lama dengan membelinya atau mencurinya serta membawa pulang ke negara mereka. Manuskrip-manuskrip masih kekal di perpustakaan-perpustakaan Eropah sehingga mencapai bilangan 150000 naskhah dan semakin bertambah sehingga ke hari ini.
Pada akhir kurun ke-19, diadakan muktamar yang pertama di Paris pada tahun 1873M yang membincangkan pengajian tentang timur dan agama-agamanya serta tamadunnya. Perjumpaan-perjumpaan ini masih berlangsung sehingga ke hari ini.

Saturday, July 23, 2011

Cara Menyambut Bulan Ramadhan




Segala pujian kepada Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, salawat dan salam buat Junjungan mulia Sayidina Muhammad dan kepada keluarganya. 
Saudara-saudari seislam yang dimuliakan, 
Andainya seorang teman yang anda kasihi dan segani, menghubungi anda dan menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda? 
Tentunya anda bergembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah anda dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut. Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman anda akan lakukan ?
Jika demikian…wahai saudara-saudari yang dikasihi Allah… bagaimana pula yang akan datang menjengok anda bukan sahaja dikasihi oleh diri akan sendiri bahkan ianya dikasihi oleh Pencipta anda Allah swt, RasulNya Muhammad saw dan sekelian orang-orang yang beriman ! 
Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan dari Allah swt ! Ia adalah bulan Ramadhan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajjud dan qiyamullail, bulan kesabaran dan ketaqwaan, bulan kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka. 
Terdapat padanya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Kita memohon limpahan kurniaanNya. 
Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan. 
Oleh kerana itulah sifatnya tetamu mulia ini, amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya – menyambutnya dengan cara yang terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah dari kunjungannya dan apabila ianya pulang jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah. { Sesungguhnya telah berjayalah orang yang menyucikan dirinya (surah as-Syams 9)]. 
Dek kerana itulah ulama terdahulu menghargai tetamu ini… kerana itu diceritakan bahawa : { “Mereka memohon Allah lanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadhan sepanjang enam bulan sebelumnya… apabila ianya berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdo’a agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadhan sepanjang berapa bulan selepas itu..} sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Rajab rahimahullah. 

Sunday, April 24, 2011

THE EGYPTIAN REVOLUTION AND THE ARAB UPRISING: SOME FURTHER REFLECTIONS


WRITTEN BY CHANDRA MUZAFFAR
  
POSTED: 12 FEBRUARY 2011 16:13

http://www.just-international.org/
On 7th February 2011, we posted on the JUST website an article entitled “The Arab Uprising 12 Questions and 12 Answers” which examined a number of the underlying issues in the Egyptian Revolution and the larger Arab Uprising. We are carrying excerpts from that article since they provide useful background information on the overthrow of Hosni Mubarak.

The author of that article, Chandra Muzaffar, has also included two other issues arising from Mubarak’s ouster on 11th February 2011 in his analysis which appears below.

1. Mubarak has handed over power to the Egyptian military high command. What are its immediate tasks?

From media reports, the military will through consultations with various groups that were involved in the Revolution formulate a provisional constitution which will be the basis for holding a free and fair election as soon as possible. The election will not be just for the Presidency; it could also include contests for Parliament. The powers of the President, Parliament and the Cabinet will have to be spelt out. Military rule, in other words, will be a brief prelude to civilian rule, and hopefully, a genuine democracy.

Thursday, April 21, 2011

BENARKAN PELAJAR IPT ANGGOTAI PARTI POLITIK


By Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
 
PENDAHULUAN
- Perbincangan dan pendirian untuk sama ada membenarkan atau tidak membenarkan pelajar IPT menganggotai parti politik amat bergantung kepada pandangan alam kita terhadap makna dan budaya ilmu, pendidikan tinggi, pelajar IPT dan politik.
- Sebagai analoginya, jika pandangan alam kita percaya bahawa dunia adalah sebuah permukaan yang rata dan mempunyai hujung yang bertebing curam, maka, kita tidak akan membina kapal yang canggih. Ini kerana kita tidak akan belayar jauh di lautan sebab takut akan terjatuh di hujung dunia. Tetapi, jika pandangan alam kita percaya bahawa dunia adalah bulat, maka, kita akan membina kapal yang canggih. Ini kerana kita tidak lagi berasa takut terjatuh di tebing dunia. Sebaliknya kita berasa berani, berkeinginan, belajar dan bersedia untuk belayar ke tempat yang paling jauh. Begitu jugalah pandangan alam terhadap makna dan budaya ilmu, pendidikan tinggi, pelajar IPT dan politik. Ia akan mempengaruhi sama ada hendak melihat dan melaksanakan proses pembinaan pelajar IPT yang canggih ataupun sebaliknya.